THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Khamis, 24 Februari 2011

Keloh Resah Seorang Ibu

Wahai Saudaraku... Ibu, emak, umi, bonda, itu adalah sama, seorang insan yang telah berkorban di usia mudanya untuk keluarga. Apa pun yang dirasakan oleh ibu dulu, amat membangga kita semua dan ibu wajib diberi keutamaan setelah anak-anak dewasa tapi apa jaminannya.


Seribu ungkapan terbuku di dada si ibu, nak diluah bimbang anak berkecil hati. Di masa kecil anak-anak boleh ditegur dewasa ni anak-anak dah kuat, sombong dan sibuk mengejar harta dunia asyik melayan kerenah keluarga sendiri sehingga alpa tanggungjawabnya terhadap si ibu.


Ibu mertua mahupun ibu angkat tidak boleh disamakan dengan ibu kandung. Ibu kandung yang patut disanjung diberi perhatian diberi jaminan sempurna sehingga ke akhir hayatnya, mengapa pula ibu orang diberi perhatian lebih-lebih, sedangkan ibu sendiri menyimpan rasa kecewa yang amat terhadap anaknya yang pernah disanjung suatu ketika dulu.


Aduhai si anak ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu, inilah yang selalu kita dengar dan sepatutnya kita faham maksudnya. Nikmat Syurga memang belum pernah kita rasakan setakat melihat telapak kaki ibu belum cukup mengambarkan ganjaran besar dari Allah di atas kesempurnaan hidup kita dibuka dunia ini. Tidak kah kau sedar bahawa ibu kandung hanya satu dan tidak sama seperti ibu-ibu lain ia boleh kita dapat berkali-kali.


Wahai anak-anak marilah kita berdoa untuk diri sendiri supaya kita menjadi lebih baik seperti yang dituntut. Amin...

Isnin, 24 Januari 2011

Pekerti Bos Yang Cantik Di Mata Bengkak Di hati

Sikap manusia yang ku kenali sebagai Bos atau ketua yang sentiasa gelojoh walaupun sesuatu itu bukanya hak dia. Nama pun bos segala arahan darinya kena dipatuhi tepat pada masanya.
Mangsa yang diarah kena tebalkan muka berhadapan penguasa untuk mendapat kelulusan/jawapan walaupun berbagai alasan yang telah diberi. Tidak cukup itu ada senyum bermakna untuk mereka.
Merancang kerja projek amat teliti tetapi dengan gelojoh, mana kan tidak kalau si bos ni tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Langkahnya selalu melangkau untuk cepat menjayakan projek disamping mengaut keuntungan berlipat ganda...